Kembali ke Utama
LexPocket
UtamaAktaNota Undang-UndangSupport
Utama›Senarai Akta›Perlembagaan Persekutuan (BM)

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan

Teks Bahasa Melayu · Cetakan semula setakat 30 November 2025
BMBI

232 PERKARA · 15 BAHAGIAN

BAHAGIAN INegeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan
BAHAGIAN IIKebebasan Asasi
BAHAGIAN IIIKewarganegaraan
BAHAGIAN IVPersekutuan
BAHAGIAN VNegeri-Negeri
BAHAGIAN VIHubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
BAHAGIAN VIIPeruntukan Kewangan
BAHAGIAN VIIIPilihan Raya
BAHAGIAN IXBadan Kehakiman
BAHAGIAN XPerkhidmatan Awam
BAHAGIAN XIKuasa Khas dan Kuasa Darurat
BAHAGIAN XIIAm dan Pelbagai
BAHAGIAN XIIAPerlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
BAHAGIAN XIIIPeruntukan Sementara dan Peralihan
BAHAGIAN XIVKecualian bagi Kedaulatan Raja-Raja
BAHAGIAN XVProsiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
Notis teks terjemahan

Teks BM ini ialah terjemahan oleh Jabatan Peguam Negara. Jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah Perkara 160B, teks ini bukan perundangan.

BAHAGIAN I · Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan

Perkara 1

Nama, Negeri-Negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan

Cetak PerkaraMuat Turun PDF

1. (1) Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.

(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada—

(a) Negeri-Negeri Tanah Melayu, iaitu, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan (b) Negeri-Negeri Borneo, iaitu, Sabah dan Sarawak.

(3) Tertakluk kepada Fasal (4), wilayah-wilayah bagi setiap Negeri yang disebut dalam Fasal (2) ialah wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri-Negeri itu sebaik sebelum Hari Malaysia.

(4) Wilayah bagi Negeri Selangor tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206] dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 [Akta A1095] dan wilayah bagi Negeri Sabah tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585], dan kesemua Wilayah Persekutuan tersebut hendaklah menjadi wilayah-wilayah Persekutuan.

Sahkan sebelum digunakan

Teks ini diekstrak daripada cetakan semula BM yang dibekalkan. Semak teks semasa melalui sumber rasmi.

Laws of Malaysia (AGC) ↗

Sahkan teks

Rujuk dokumen penuh dan sahkan teks semasa melalui Jabatan Peguam Negara.

Laws of Malaysia (AGC) ↗Cetakan semula setakat 30 November 2025
© 2026 LexPocket. Hak cipta terpelihara.Terma · Privasi · Penafian