Mukadimah
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seorang Raja pada bila-bila masa fungsi itu kena dilaksanakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan sedemikian.
[30 Disember 1957]
BAHAWASANYA melalui Fasal (5) Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seorang Raja dalam hal jika fungsi itu kena di bawah Fasal (1) Perkara itu dijalankan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan sedemikian kerana jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau kerana Timbalan Yang di-Pertuan Agong sakit, tidak ada di Malaysia atau kerana apa-apa sebab lain:
DAN BAHAWASANYA melalui Fasal (5) Perkara itu undang- undang sedemikian tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja:
DAN BAHAWASANYA Majlis Raja-Raja telah bersetuju meluluskan undang-undang yang berikut:
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Parlimen seperti berikut: