Kembali ke Utama
LexPocket
UtamaAktaNota Undang-UndangSupport
Utama›Senarai Akta›Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957

UNDANG-UNDANG MALAYSIA · AKTA 373

Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957

Teks Bahasa Melayu · Sebagaimana pada 1 Januari 2006
BMBI

9 SEKSYEN

AKTA 373Seksyen

Mukadimah

Cetak KandunganMuat Turun PDF

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seorang Raja pada bila-bila masa fungsi itu kena dilaksanakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan sedemikian.

[30 Disember 1957]

BAHAWASANYA melalui Fasal (5) Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seorang Raja dalam hal jika fungsi itu kena di bawah Fasal (1) Perkara itu dijalankan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan sedemikian kerana jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau kerana Timbalan Yang di-Pertuan Agong sakit, tidak ada di Malaysia atau kerana apa-apa sebab lain:

DAN BAHAWASANYA melalui Fasal (5) Perkara itu undang- undang sedemikian tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja:

DAN BAHAWASANYA Majlis Raja-Raja telah bersetuju meluluskan undang-undang yang berikut:

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Parlimen seperti berikut:

Sahkan teks

Semak teks dan pindaan semasa melalui sumber rasmi.

Undang-Undang Malaysia (AGC) ↗Akta 373 · 1 Januari 2006
© 2026 LexPocket. Hak cipta terpelihara.Terma · Privasi · Penafian