Kembali ke Utama
LexPocket
UtamaAktaNota Undang-UndangSupport
Utama›Senarai Akta›Akta Pendidikan 1996

UNDANG-UNDANG MALAYSIA · AKTA 550

Akta Pendidikan 1996

Teks Bahasa Melayu · Sebagaimana pada 1 Julai 2020
BMBI

162 SEKSYEN · MUKADIMAH · JADUAL

Mukadimah
BAHAGIAN IPermulaan
BAHAGIAN IIPentadbiran
BAHAGIAN IIIMajlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
BAHAGIAN IV · BAB 1Sistem Pendidikan Kebangsaan
BAHAGIAN IV · BAB 2Pendidikan Prasekolah
BAHAGIAN IV · BAB 3Pendidikan Rendah
BAHAGIAN IV · BAB 4Pendidikan Menengah
BAHAGIAN IV · BAB 5Pendidikan Lepas Menengah
BAHAGIAN IV · BAB 5AKolej Vokasional
BAHAGIAN IV · BAB 6Institusi Pendidikan Lain
BAHAGIAN IV · BAB 7Pendidikan Teknik Dan Politeknik
BAHAGIAN IV · BAB 8Pendidikan Khas
BAHAGIAN IV · BAB 9Pendidikan Guru
BAHAGIAN IV · BAB 10Pengajaran Agama Di Institusi Pendidikan
BAHAGIAN IV · BAB 11Pengurusan Institusi Pendidikan
BAHAGIAN IV · BAB 12Penyediaan Kemudahan Dan Perkhidmatan
BAHAGIAN VPenilaian Dan Peperiksaan
BAHAGIAN VIPendidikan Tinggi
BAHAGIAN VIIInstitusi Pendidikan Swasta
BAHAGIAN VIII · BAB 1Pendaftaran Institusi Pendidikan
BAHAGIAN VIII · BAB 2Pembatalan Pendaftaran
BAHAGIAN VIII · BAB 3Pendaftaran Pengelola Dan Pekerja
BAHAGIAN VIII · BAB 4Pendaftaran Murid
BAHAGIAN VIII · BAB 5Pemeriksaan Institusi Pendidikan Oleh Ketua Pendaftar
BAHAGIAN IX · BAB 1Pendaftaran Guru
BAHAGIAN IX · BAB 2Permit Mengajar
BAHAGIAN IX · BAB 3Pelbagai
BAHAGIAN X · BAB 1Jemaah Nazir
BAHAGIAN X · BAB 2Am
BAHAGIAN XIKewangan
BAHAGIAN XIIRayuan
BAHAGIAN XIIIPeraturan-Peraturan
BAHAGIAN XIVKesalahan Dan Penalti
BAHAGIAN XVPelbagai
BAHAGIAN XVIPeralihan Dan Pemansuhan
Jadual
Mukadimah

Mukadimah

Cetak KandunganMuat Turun PDF

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

[31 Disember 1997, P.U. (B) 541/1997]

BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa:

DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat:

DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik:

DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia:

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”:

DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip Rukun Negara:

DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Sahkan teks

Semak teks dan pindaan semasa melalui sumber rasmi.

Laws of Malaysia (AGC) ↗Akta 550 · 1 Julai 2020
AKTA-AKTA PINDAAN

Pindaan berkaitan

Akta A1490Akta Pendidikan (Pindaan) 2015Akta A1770Akta Pendidikan (Pindaan) 2025
© 2026 LexPocket. Hak cipta terpelihara.Terma · Privasi · Penafian