Notis teks terjemahan

Teks Bahasa Melayu ini ialah terjemahan oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

MUKADIMAH

Mukadimah

Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pemberian permit untuk menaja loteri awam dan persendirian bagi maksud kedermawan, agama, pelajaran, kebajikan dan khairat lain, bagi membuat peruntukan untuk melevi cukai ke atas loteri dan perkara lain yang berkaitan dengannya.

[30 Disember 1952]